Thursday, May 19, 2011

PELANGGAN


PELANGGAN

Dalam bisnes,pelanggan adalah penting.Jatuh bangun usahawan adalah bergantung dengan pelanggan.

Pelanggan didapati dengan tiga cara :
1.Mencari pelanggan.
2.Pelanggan mencari usahawan.
3.Pelanggan direkemen pelanggan sedia ada.

Mencari pelanggan adalah paling efektif.Usahawan menjual produk kepada pelanggan di rumah,sekolah,kilang,ekspo,pasar malam dan sebagainya.Cara ini memerlukan kos dan ianya amat penat.Namun kepenatan itulah membuahkan kemanisan dalam kehidupan usahawan.Bilionair Boon Siew menggunakan cara ini bagi memulakan bisnes.Beliau menjaja motosikal ruamh ke rumah.


Pelanggan mencari usahawan adalah paling mudah kerana usahawan tidak perlu bersusah payah keluar mencari pelanggan.Usahawan hanya perlu menyediakan produk dan pelanggan akan datang mencari usahawan.

Contoh mudah KFC.Mereka mempunyai nama besar dan jenama yang baik.Mereka hanya perlu menunggu datang dan tidak perlu bersusah payah mencari pelanggan kerana mereka mempunyai reputasi dan terkenal seluruh dunia.

Begitu juga usahawan yang menggunakan internet sebagai wahana promosi dan pemasaran seperti Youtube,Facebookd an emel.Hanya berada di rumah,ribuan pelanggan akan datang mencari usahawan mendapatkan produk.Inilah cara paling menjimatkan,cepat dan efektif.Namun ramai tidak memanfaatkan internet,hanya berbual kosong dan membazirkan masa.

Manakala cara ketiga pelanggan direkemen pelanggan sedia ada memang telah diamalkan banyak usahawan Cina.Mereka memberikan sagu hati kepada pelanggan membawakan pelanggan baru.Contohnya pengusaha motor memberikan RM100 kepada pelanggan yang membawa pelanggan baru membeli motor.Pengusaha kereta pula memberi RM500 kepada pelanggan yang membawa pelanggan baru membeli kereta.



Dalam apa jua bisnes,pelanggan adalah amat penting.Usahawan bijak akan berusaha mendapatkan pelanggan dengan ketiga-tiga cara tersebut.Usahawan juga perlu mmebuat statistik jumlah pelanggan.Jika bulan pertama mendapat 100 pelanggan,bulan kedua mahu meningkatkan kepada 200.Begitulah seterusnya.Jika kita mendapat 1000 pelanggan tetap setahun dan mereka memberi keuntungan RM100 setahun,maka kita berjaya mengumpul RM100,000 setahun.Adakah sukar mencari pelanggan 1000 orang dalam setahun?Ianya tidaklah sukar jika kita berusaha menggunakan ketiga-tiga cara tersebut.

Dalam bisnes,pelanggan datang dan pergi.Usahawan perlu belajar bagaimana menjadikan pelanggan setia .Usahawan juga perlu bermurah hati memberi hadiah dan sagu hati kepada pelanggan yang memperkenalkan pelanggan baru.Usahawan juga perlu tekun mencari pelanggan di semua ceruk kampung dan bandar.

Jika kita mempunyai wang yang banyak,produk yang baik namun tiada pelanggan,maka bisnes pasti berkubur.Dalam apa jua bisnes,pelanggan amat penting dan ramai Melayu gagal dalam bisnes kerana tidak bijak mencari pelanggan.Mereka membuka kedai runcit,namun hanya menunggu pelanggan datang tanpa berusaha mencari pelanggan melalui tiga cara tersebut.


Terima kasih kerana membaca..

No comments:

Post a Comment