Friday, August 21, 2015

Bagaimana berjaya dlm bisnes pakaian?

Intro :

Usahawan pakaian ada beberapa kategori ,contoh :

1.Pasar Malam.
2.Rumah ke rumah.
3.Online.
4.Ekspo.
5.Tempat/tapak tertentu.
6.Kedai.
7.Gerai.
8.Kiosk.
9.Pasar pagi/minggu.
10.Haram
D L L 


Sebagai usahawan yang berkecimpung dlm bisnes pakaian selama belasan tahun,aku ingin berkongsi suka duka dlm perjalanan bisnes pakaian.

Mungkin ramai usahawan baru dalam bisnes pakaian mahu maju dan berjaya,maka tulisan ini diharapkan dapat membantu anda mengembangkan perniagaan.
Atau anda mahu memulakan bisnes pakaian secara kecilan,maka anda juga perlu mengetahui pelbagai selok belok dunia perniagaan pakaian.

Bagi yg benar2 meminati bisnes pakaian,baca selanjutnya......

Mungkin anda tidak percaya,menjadi usahawan bisnes pakaian,anda mampu memperolehi 10k keuntungan sebulan.

Bagi yg pesimis,mungkin tertawa.

itulah kenyataannya.

Sebagai usahawan yang merasai keuntungan ,
jadi wajar berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bisnes pakaian.

Antara cara mendapat keuntungan dlm bisnes pakaian ialah :

1.Cari pembekal yg memberikan harga kompetitif.

Masalah persaingan memang berlaku dalam bisnes.Justeru untuk berjaya ,anda perlu bijak mencari pembekal dan pemborong yang memberikan harga kompetitif dan berdaya saing.

Sebagai contoh,aku pernah mendapatkan kain sarung jenama Cap gajah dr Indon dengan harga RM160 sekodi,sedangkan harga pasaran ialah RM240 sekodi.
Dengan harga murah dan menarik,aku menjual dengan harga pasaran iaitu sama dengan penjual lain.Sebagai contoh,peniaga lain mendapat keuntungan sehelai RM8,aku mendapat keuntungan RM14.

Ini bagi 1 produk.Kalu 50 jenis produk,cuba bayangkan.

Justeru untuk mengaut lebih banyak keuntungan,usahawan perlu bijak mencari produk dr pembekal dengan harga kompetitif dan mampu memberikan keuntungan yg lebih besar.

Justeru anda perlu rajin membuat survey dan menmcari rakan niaga smart untuk berkongsi mencari pembekal.

Adalah rugi bg usahawan yg tidak bijak mencari pembekal yg baik.Anda rugi masa dan keuntungan.

2.Mempelbagai jenis bisnes.

Mungkin anda fikir untuk mendapatkan 10k kerja mudah!tidak..bak kata omputih,no pain,no gain.

Aku sendiri membuka kedai pakaian,menjual barang2 di pasar malam,menjadi supplier kpd pemborong kecil,

Mendapatkan pelbagai tender2,membuka bisnes di ekspo,tapak2 majlis dan lain-lain.
Memang penat bin letih mengemudi pelbagai jenis bisnes,namun kepenatan berbaloi apabila RM dan RM terus menerus mencurah masuk.

Jika anda hanya mempunyai satu jenis bisnes seperti pasar malam sahaja dan mengharapkan 10 K masuk,ia amat payah.Mungkin jika nasib anda baik,anda mampu mendapatkannya.

Malah aku juga mempunyai share bisnes lain yg tak bersangkut paut dengan pakaian seperti supply food,konsultant,traveling dll.

Modal memang penting.Adalah mustahil mempunyai stok berjumlah rm2 k dan mahu mendapat 10k sebulan.

Semakin besar bisnes,semakin banyak modal diperlukan.
Semakin besar modal,semakin byk keuntungan.

to be continued Insya-Allah....