Thursday, May 19, 2011

Keusahawanan adalah bidang mulia.


Keusahawanan adalah bidang mulia.



Firman Allah swt maksudnya:“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.Maka, sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”.

(surah al-Maidah : 3)



Islam adalah agama yang sempurna dan menggalakkan keusahawanan.Dalam dunia ini usahawan mempunyai peranan besar dalam pembangunan sesebuah negara.



Sabda nabi bermaksud “Usahawan yang jujur dan amanah akan bersama para

nabi,sodikin, orang-orang yang mati syahid pada hari kiamat kelak”.(Riwayat Imam At-

Tarmizi dan Ibnu Majah).



Hadis tersebut jelas membuktikan bahawa keusahawanan adalah bidang mulia jika dijalankan mengikut nilai-nilai Islam sebagaimana yang diajar Quran dan hadis.



Islam adalah agama yang memupuk umatnya mencintai keusahawanan namun ramai umat Islam tidak terlibat dalam keusahawanan kerana pelbagai sebab dan alasan.Malah kebanyakan produk dan teknologi moden dipelopori bukan Islam.

Islam amat memberi motivasi kepada umatnya agar menjadi usahawan.Ketika Baginda saw





berjaya menguasai bumi Madinah,Baginda saw menggalakkan para sahabat menceburi perniagaan bagi memecahkan monopoli bangsa Yahudi pada masa tersebut.

Baginda saw tidak terlibat dengan perniagaan setelah bergelar Rasul kerana Baginda saw sibuk dengan urusan dakwah dan memberi kefahaman mengenai Islam.Namun Baginda saw sentiasa memberi dorongan kepada sahabat agar menjadi usahawan.



Orang islam perlu menganggap keusahawanan adalah bidang mulia dan perlu menceburinya.Pada masa kini bukan Islam menguasai bidang ekonomi seluruh dunia kerana mereka terlibat dengan dunia keusahawanan.

Kurangnya orang Islam terlibat dalam dunia keusahawanan bukan kerana mereka malas atau tidak berdaya saing namun kerana mereka kurang ilmu pengetahuan dan kemahiran.



Islam adalah agama yang amat sempurna dan menggalakkan kesempurnaan.Islam meletakkan perniagaan sebagai bidang penting kerana keusahawanan adalah bidang yang menjana ekonomi.



Islam memuliakan keusahawanan kerana :



1.Ramai para Nabi dan rasul terlibat dalam keusahawanan.Malah Baginda saw pun adalah usahawan yang mengikut bapa saudaranya berniaga hingga ke Syam sejak kecil lagi.Baginda saw juga menjalankan perniagaan dengan menguruskan perniagaan Siti Khadijah ketika belum bergelar Rasul.



2. “Berniagalah kamu kerana sembilan persepuluh punca rezeki adalah di dalam perniagaan."Imam Albani mengatakan hadis ini adalah daif namun ia adalah bukti bahawa keusahawanan adalah bidang yang memberi rezeki kepada ramai manusia.



3.Keusahawanan adalah bidang yang terbukti memberikan lebih banyak wang kepada manusia .



4.Kekayaan amat mudah dimiliki melalui keusahawanan berbanding makan gaji.Kekayaan akan dimanfaatkan untuk kebaikan seperti sedekah,jariah dan sebagainya.



5.Menceburi keusahawanan adalah mencontohi para Rasul.Ibnu Abbas mengatakan nabi Adam alaihissalam adalah seorang petani dan pertanian adalah salah satu bidang keusahawanan.



6.Keusahawanan akan memanfaatkan segala sumber alam dengan baik .Ini dijelaskan dalam firman Allah bermaksud “Kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta pelbagai faedah lagi bagi manusia”.(surah al-Hadid : 25)



7.Memberikan lebih banyak pekerjaan kepada orang lain.Usahawan akan terlibat dalam dunia bisnes yang memerlukan pekerja dan ini akan memberi peluang lebih banyak pekerjaan.



8.Islam mewajibkan zakat dan usahawan adalah antara golongan yang paling ramai menyumbang zakat.



9.Keusahawanan mendidik kasih sayang antara usahawan dan pelanggan.Usahawan menyediakan produk dan khidmat yang diperlukan pelanggan.Pelanggan membayar wang untuk mendapatkan produk dan khidmat dan ini menjalinkan kasih sayang antara dua pihak.



10.Keusahawanan adalah dakwah.Sejarah menceritakan pedagang arab datang ke Melaka sebagai pedagang yang hebat dan kaya.Kehebatan mereka memudahkan mereka berdakwah dan akhirnya Raja Melayu memeluk Islam diikuti seluruh rakyat Melaka.


Orang islam perlu mempunyai motivasi menjadi usahawan dan berusaha menjadi usahawan berjaya.Apabila berjaya,didiklah orang lain agar mereka juga berjaya.

Terima kasih kerana membaca..

No comments:

Post a Comment