MENGAPA MELAYU MAHU CEPAT KAYA?
Melayu mahu cepat kaya.Mereka tidak mahu bersusah payah dan memikirkan kesenangan dan mudah kaya.
Namun ramai Melayu yang mahu cepat kaya akhirnya merana.Antara cara cepat kaya adalah :
1.Skim cepat kaya.
2.MLM.
3.Bisnes meragukan.
4.Bisnes haram.
5.Menggunakan rasuah.
Ramai Melayu menyertai skim cepat kaya.Kononnya melabur RM500 dan mendapat pulangan RM500 sebulan.Maka berbilion ang anak Melayu l,esap akibat terpengaruh dengan skim cepat kaya.Bank yang kaya pun hanya mampu mmeberi keuntungan 15% setahun jika membuat simpanan tetap,namun skim cepat kaya memberi keuntungan 100 % dalam sebulan!
Ramai juga menceburi MLM yang menjanjikan pendapatan cepat dan kaya.Ada dipanggil sistem kutu,ada pula sistem piramid.Telah terbukti MLM bukan mengkayakan Melayu,hanya mengkayakan beberapa individu sahaja dalam pupuhan ribu orang.
Bisnes meragukan sering menjadi bualan hangat.Kononnya modal RM800 akan menjadi RM114,000 dalam setahun.Jika benar demikian,saya mahu melabur RM8000 dan menunggu wang RM1.14 juta setelah genap setahun.Tidak perlu menunggu 10 tahun,setahun sahaja menjadi jutawan!
Bisnes haram memang diminati ramai.Contoh mudah adalah menjual produk tiruan seperti DVD dan seluar Levis dari Siam.Ada yang mendapat keuntungan RM30,000 sebulan.Memang laris produk tiruan,namun ia termasuk bisnes haram.
Ramai Melayu terbabit dengan bisnes haram.Pelbagai jenis bisnes seperti membuka pusat snooker dan membiarkan manusia berjudi.
Rasuah paling mudah.Mempunyai kenalan orang besar atau pegawai besar dalam kerajaan dan swasta,memberikan komisen 10 atau 20 % sebagai habuan mendapatkan projek.Komisen dianggap sedekah dan hadiah,namun hakikatnya rasuah.
Sebagai usahawan,kita bukan hanya mencari wang sebanyaknya namun kita juga perlu memikirkan halal dan haram.KIta dilahirkan Islam yang mempunyai pelbagai peraturan dan undang-undang.
Adakah kita melonggokkkan berjuta-juta ang di dunia namun dicampakkan ke Neraka?
Hayati kisah benar yang diceritakan dalam akhbar Utusan :
Hanya berbekalkan risalah-risalah dan memandu kenderaan mewah, satu skim cepat kaya di Lembah Klang, bergerak aktif menipu orang ramai sejak lebih setahun lalu.
Sepanjang tempoh itu, mereka licik mencari mangsa supaya melabur dalam skim terbabit dengan jumlah minimum RM10,000 sehingga RM41,000.
Malah bantuan mendapatkan pinjaman daripada bank dan koperasi turut diatur oleh skim terbabit bagi bakal-bakal pelabur yang berminat.
Namun skim pelaburan haram itu akhirnya tumpas diserbu penguat kuasa semasa beroperasi di beberapa restoran di Mentari Court, Bandar Sunway, Petaling Jaya dekat sini malam tadi.
Dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam itu, 59 ejen skim terbabit ditahan ketika cuba menyakinkan kira-kira 80 bakal pelabur baru.
Serbuan dilakukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, polis Selangor dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ekoran laporan-laporan polis yang dibuat mangsa.
Kesemua ejen ditahan berusia 20-an hingga 30-an dengan kebanyakan mereka terdiri daripada golongan muda yang baru tamat pengajian di peringkat universiti.
Ketua Penolong Pengarah Operasi JSJK Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md. Isa berkata, polis turut memburu dalang skim terbabit yang dipercayai masih berada di dalam negara.
Menurut beliau, setiap ejen akan menyakinkan bakal-bakal pelabur baru dengan memandu kereta mewah seperti BMW, Nissan Fairlady, Toyota Alphard dan Mercedes-Benz.
"Syarikat skim cepat kaya itu turut dikesan memaparkan logo-logo media rasmi termasuk Utusan Malaysia pada risalah sebagai penaja bersama.
"Penggunaan logo media itu dilihat sebagai bukti skim itu diiktiraf dan boleh dipercayai," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.
Tambah Rohaimi, siasatan mendapati skim itu menjanjikan pulangan di peringkat awal sebanyak RM2,500 kepada pelabur dalam masa tiga hari.
"Semua pelabur di peringkat awal benar-benar memperoleh pulangan dijanjikan tetapi mereka yang lambat akan menghadapi masalah.
"Selain itu, semua ejen menggunakan nombor pendaftaran kenderaan mewah 8282 dan 925 sebagai tanda ahli skim terbabit yang telah berjaya," katanya.
Beliau berkata, kesemua mereka terbabit kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Fikirkan............
No comments:
Post a Comment