MODAL MEMULAKAN PERNIAGAAN.
Apa jua bisnes memerlukan modal.Jika bisnes kecil,maka modal kecil.Jika bisnes besar,maka modal pun besar.
Kebanyakan usahawan terpaksa bekerja bertahun-tahun sebelum berjaya mengumpulkan modal.Bagi mereka yang mempunyai ibu bapa berharta dan kaya,tiada masalah kerana mereka mmapu mendapat wang untuk dijadikan modal bisnes dari ibu bapa mereka.
Namun bagi manusia biasa yang bukan keturunan kaya raya,mereka terpaksa bekerja siang dan malam dan mengumpulkan wang sedikit demi sedikit.Walaupun bersusah payah namun itulah rintangan yang perlu dihadapi sebagai manusia...
Bagi manusia yang mahu berniaga,perlu mempunyai modal.Tiada bisnes yang tidak memerlukan modal kecuali manusia mempunyai bakat seperti penyanyi atau pelukis.Mereka tidak emerlukan modal untuk berjaya.
Namun kita manusia biasa tiada bakat,maka terpaksa berhempas pulas bekerja mengumpulkan wang sedikit demi sedikit.....
Apa yang perlu diambil berat adalah :
1.Modal bisnes adalah sumber halal.
Kita mahu menjadi manusia baik dan beriman ,maka perlu mengumpulkan modal dari sumber halal bukan sumber haram.Ramai manusia mengumpulkan wang dari sumber haram seperti hasil judi,pekerjaan GRO,menipu orang dan sebagainya.
Apabila mengumpulkan wang dari sumber haram dan memulakan bisnes dengan wang tersebut,maka ia akan menjadi haram selamanya kerana akan beranak pinak.Jika memulakan modal RM10,000 dan berkembang menjadi RM1 juta maka RM1 juta adalah haram.Segala wang,aset,harta yang dibeli adalah haram.
Sebagai orang islam kita perlu peka.Berniaga adalah ibadat dan jangan menjadikannya dosa.Memulakan bisnes dengan modal halal adalah wajib fardhu ain kepada semua orang islam.
Fikirkanlah....kehidupan adalah sementara.
Selamat berniaga!
No comments:
Post a Comment