Thursday, May 19, 2011

Melayu perlu Bersatu

Melayu perlu Bersatu


Dalam perniagaan pelbagai jenis perniagaan wujud di dunia ini.Sejak wujud internet pelbagai jenis dan bidang keusahawanan baru berasaskan internet memudahkan usahawan seluruh dunia.Jika dahulu kita perlu menggunakan brosur dan iklan untuk mencari pelanggan namun pada masa kini dengan menggunakan internet ia lebih mudah,menjimatkan wang dan masa melalui internet.

Lahir pelbagai jenis bisnes berasaskan internet.Bengkel dan kursus penggunaan pelbagai perisian dan IT misalnya banyak mengembangkan jenis bisnes baru.Ini banyak melahirkan usahawan Melayu berjaya dalam bidang IT.

Kita mempunyai banyak dewan perniagaan Melayu dan apa fungsinya masih kabur.Bukan mahu mempertikaikan dewan namun keberkesanannya dalam membantu usahawan Melayu masih tidak nampak.Walaupun ada yang berjaya namun ia masih sedikit berbanding kejayaan bangsa Cina dalam keusahawanan.

Setelah 30 tahun DEB dilahirkan masih belum menampakkan kejayaan.Sasaran 30 peratus aset Melayu tidak tercapai dan semua menyalahkan antara satu sama lain.Pihak kerajaan yang mengilhamkan DEB menyalahkan usahawan dan usahawan menyalahkan DEB.Bangsa Cina tanpa DEB dan MARA mereka mampu berjaya mempunyai aset ratusan bilion dan mempunyai Dewan EKonomi yang lebih mantap dan efektif berbanding Dewan perniagaan Melayu.

Bagi melahirkan usahawan Melayu yang berjaya dalam sesuatu bidang kita perlu mencipta satu kumpulan atau disebut Group.Setiap Group mewakili setiap jenis perniagaan.Sebagai contoh kumpulan usahawan motor mengumpulkan semua usahawan dalam bidang penjualan motorsikal dan membaiki.Apabila terkumpul 1000 usahawan motor seluruh negara mereka boleh berkongsi idea dan bertemu dalam maya atau mengadakan perjumpaan gathering dalam mencari idea memajukan bisnes masing-masing.

Perkongsian idea dan kemahiran usahawan sesama jenis akan melahirkan idea besar dalam merangka pelan dan rangka bisnes yang lebih baik.Apabila ada usahawan mempunyai masalah tertentu group ini akan berfungsi membantu usahawan menyelesaikan masalah seperti sumber bekalan yang mahal atau sedang mencari jenis peralatan tertentu.

Kewujudan internet memudahkan Group ini berfungsi.Aplikasi Facebook misalnya boleh mengumpulkan semua usahawan motor seluruh negara,malah boleh diajak usahawan Melayu dari negara lain seperti Brunei ,Indonesia dan Brunei.Ini akan mencanai idea baru dan menyelesaikan banyak masalah.

Islam adalah agama kerja sama.Kewujudan group akan melahirkan lebih banyak idea bernas memajukan bisnes.Jika usahawan Melayu terlibat dalam 1000 jenis bisnes maka 1000 group perlu diwujudkan untuk berkongsi idea dan kemahiran dalam bidang masing-masing.

Kejayaan bangsa Melayu dalam perniagaan masih kecil jika dibandingkan dengan bangsa Cina.Mereka lebih advance dan maju berbanding bangsa Melayu.Hasrat mewujudkan Group bukanlah mahu mengalahkan mereka namun mahu melihat bangsa Melayu berdiri sama tinggi dengan bangsa Cina.Itulah matlamat kita.

Kerajaan juga telah berusaha melalui pelan dan tindakan mereka.Usahawan sendiri juga perlu berusaha mencari jalan memajukan bisnes dan mencari idea baru dan idea penubuhan Group adalah wahana menyatukan usahawan Melayu dan berkongsi idea.Kita tidak boleh bergantung dengan kerajaan selama-lamanya.

KIta mempunyai ratusan ribu gerai dan restoran dalam bidang makanan namun setiap daripada mereka bergerak sendiri tanpa mempunyai kumpulan yang boleh memberi idea dan pelan memajukan bisnes.Kita juga mempunyai ratusan ribu usahawan cyber cafe dan komputer namun mereka bergerak sendiri.Itulah Melayu.

Mentaliti “Berkenalan dengan usahawan bisnes sama adalah langkah membunuh bisnes sendiri” perlu dibuang dalam kamus hidup usahawan Melayu. Perkenalan
adalah langkah mencari idea dan berkongsi kemahiran,bukan hasrat mahu membunuh bisnes antara satu sama lain.

Usahawan Melayu perlu sedar bahawa kejayaan bangsa Cina dalam bisnes adalah kerana penyatuan dan bersatu padu.Mereka bersatu padu dalam semua aspek dan sentiasa tolong menolong tanpa hasad dengki dan mahu membunuh bisnes pesaing.

Kewujudan internet adalah kemudahan untuk menjadikan kita mudah berhubung sesama sendiri.Namun ramai usahawan tidak menggunakan internet walaupun ia telah wujud sejak 16 tahun lepas.Ramai usahawan Melayu lebih rela bersembang di kedai kopi berjam-jam berbanding memanfaatkan internet untuk berkenalan dengan sesama usahawan.

Internet adalah wahana yang paling menjimatkan untuk berhubung berbanding telefon.Ia juga menjimatkan masa untuk berbual dalam Yahoo Messenger berbanding berbual di kedai kopi.

Sebagai usahawan Melayu yang telah berkecimpung dalam bisnes selama lebih 20 tahun saya membuka blog ini bagi memandaikan bangsa Melayu.

Bangsa Melayu perlu memanfaatkan internet dan bersyukurlah kepada Allah dan berterima kasihlah kepada manusia naif ini kerana saya mahu mengorbankan masa menulis blog dan memanfaatkan internet ini untuk melihat lebih ramai anak Melayu berjaya dalam bisnes .

Usaha ini adalah kecil namun jika ia diwar-warkan kepada lebih ramai Melayu peka maka jumlah pengunjung akan bertambah. Saya mahu lebih ramai mendapat manfaat dari nota yang saya dan pegawai saya tulis .

Bangsa Melayu adalah bangsa bijak.Mereka gagal dalam bisnes bukan kerana mereka Melayu tetapi kekurangan kemahiran dan ilmu menyebabkan ramai Melayu jatuh dalam bisnes .Blog ini perlu dipromosi agar bangsa Melayu tahu.Mereka perlu didedahkan pelbagai kemahiran agar mereka lebih berjaya.Melayu perlukan kemahiran dan motivasi agar mereka lebih berusaha dan seterusnya maju dalam bisnes .

Wawasan 2020 hanya tinggal 9 tahun lagi Kita mahu lihat lebih ramai anak Melayu berjaya dalam bisnes dalam semua lapangan sama ada menjadi usahawan kecil atau besar.

Jika kita tidak bergerak pantas,kemajuan negara pada tahun 2020 dinikmati bangsa lain.Kita hanya menjadi Melayu cari makan cukup makan.Itulah status kita...

Kejayaan bangsa Melayu adalah memerlukan pengorbanan anak Melayu untuk mendidik orang lain untuk berjaya dan saya telah berusaha ke arah itu.Saya menulis blog untuk memandaikan bangsa Melayu.Kritikan ditulis bukan untuk mengherdik atau melemahkan semangat bangsa Melayu namun ia untuk mengubah mentaliti ‘bodoh’ kepada mentaliti bijak dan berjaya.

Kita mempunyai mentaliti dan sikap negatif yang wajar diubah kepada mentaliti yang lebih bijak dan mempunyai ciri positif.Mentaliti adalah penting dalam bisnes.Jika mentaliti lapuk tidak diubah maka kita terus menjadi Usahawan Melayu cukup makan selamanya....

Melayu perlu bersatu dalam politik dan ekonomi jika mahu menjadikan Melayu bangsa yang hebat dan berjaya.

terima kasih kerana membaca

No comments:

Post a Comment