Monday, February 6, 2012

Budaya Niaga Melayu: Motivasi Dalam Perniagaan

Mukadimah

Suasana dalam negara yang menyaksikan perkembangan pesat dalam perniagaan menimbulkan satu dilemma kepada masyarakat Melayu. Di satu sudut sebahagian masyarakat menganggap baik aktiviti perniagaan, tetapi tidak kurang pula mereka yang beranggapan perniagaan ini adalah urusan dunia dan berfokus kepada matlamat menggumpulkan harta duniawi. Kumpulan yang kedua ini menganggap bidang perniagaan kurang penting dan kurang prioriti berbanding urusan akhirat yang lebih kekal abadi. Bagi kumpulan ini, seperti sering kita dengar di ceramah ceramah agama, harta itu hak duniawi dan tetap ditinggalkan setelah pemilik harta tersebut meninggal dunia.

Dengan keadaan yang demikian, bidang perniagaan melemparkan satu cabaran berat kepada minda Melayu. Ini sedikit sebanyak meninggalkan kesan negatif kepada minat, kesungguhan, kecekalan dan kemampuan kita dalam perniagaan dan kepada kedudukan ekonomi dan kesejahteraan ummah pada amnya.

Fahaman sebegini gagal mendalami kesan positif kemajuan kepada kemakmuran, kekuatan, kesejahteraan dan keyakinan diri ummah. Ia gagal menghargai setiap muslim yang berjaya yang mampu menunaikan fardu zakat dan sedakah yang dituntut oleh Islam.

Perbandingan Falsafah Perniagaan

Sesungguhya, tamaddun yang maju dalam bidang perniagaan dizaman moden ini, seperti tamadun Barat ataupun tamadun China/Jepun di timur memiliki falsafah perniagaan yang agak berbeza antara satu dengan yang lain. Ia memiliki ciri persamaan dengan prinsip perniagan Islam dalam banyak perkara, tetapi banyak pula perbezaannya.

Buku buku rujukan perniagaan semuanya datang dari Barat dan sebahagian pula dari terbitan berasal daripada bangsa China atau Jepun. Saya tidak pernah bersua dengan buku rujukan perniagaan berasal dalam bahasa Arab dari timur Tengah, jika adapun agaknya di pandang rendah oleh orang Melayu di Malaysia, kerana pasti beranggapan kita sendiri lebih maju daripada mereka, dan inilah hakikat yang sebenarnya.

Dalam dunia Islam yang masih jauh tertinggal di belakang tamaddun lain, Malaysia pula muncul kehadapan, dengan tempias kemajuan di rasai oleh umat Islam berbangsa Melayu. Jadi bangsa Melayu Malaysia mampu menjadi pelopor perbankan Islam global yang kini memberi persaingan kepada sistem perbankan barat, menjadi pelopor kepada sistem pengeluaran produk halal yang semakin diterima di pasaran global, disamping mendahului umat Islam lain dalam industri pengeluaran kereta, petroleum, perladangan, pengangkutan udara dan laut, bidang teknologi maklumat dan banyak lagi.

Sebagai pelopor yang meredah jalan, sudah lumrah kita banyak terpengaruh oleh pendekatan perniagaan luar dari Barat dan, sedikit sebanyak, oleh pendekatan China/Jepun.

Falsafah perniagaan Barat bermatlamat memaksima keuntungan, hanya memiliki ikatan yang longgar dengan soal soal etika, atau kesannya kepada masyarakat. Maka mereka menghalalkan riba, monopoli, malah dalam kes yang ekstrim, penipuan dalam perniagaan sekalipun. Jadi kerakusan nafsu manusia tidak banyak dihadkan oleh masyarakat. Jika adapun, sistem perniagaan mereka lebih dikawalkan oleh undang undang yang pula banyak dipengaruhi oleh pelobi pelobi bisnes besar.

Sistem perniagaan Cina/Jepun pula tidak kurang hebatnya dari sistem Barat. Ia memiliki banyak etika yang berlandaskan ajaran Konfusius, seperti yin and yang iaitu keseimbangan dalam setiap tindakan masyarakat dan peniaga. Ini banyak persamaan dengan pendekatan perniagaan Islam yang berasaskan mizan(keadilan). Tetapi dalam strategi perniagaan dan tindakan harian masyarakat Cina tidak semestinya terikat kepada etika etika Konfusius. Mereka lebih bebas bergerak dalam perniagaan kerana bagi mereka soal moral, dosa pahala bukanlah sesuatu yang mesti diambil kira. Maka sering berlaku penipuan timbang dan kualiti dalam produk produk dihasilkan perniagaan Cina.

Malah dalam budaya niaga Cina/Jepun deception diterima masyarakat sebagai satu strategi atau cabang seni dalam perundingan perniagaan. Dalam buku Thick Face black Heart deception ditakrifkan sebagai strategi untuk megelirukan rakan niaga atau pelanggan tanpa niat penipuan. Ini dibenarkan dalam budaya Cina/Jepun asalkan tujuannya untuk kepentingan bersama semua pihak yang berkaitan. Di negara Barat pendekatan ini tidak dibenarkan atas sebab budaya, walaupun ia kerap dilakukan. Dalam Islam pendekatan ini pastinya haram dalam keadaan biasa kerana bercanggah dengan prinsip keadilan. Ia kerap menganiaya pihak lain dan dilaksanakan tanpa pengetahuan dan kerelaan mereka.

Budaya Niaga Cina/Jepun juga banyak dipengaruhi oleh falsafah Sun Tzu, The Art of War sebuah kelasik Cina yang ditulis lebih 2,000 tahun yang lalu. Pengaruh Sun Tzu telah lama menapak bukan sahaja dalam budaya niaga Cina/Jepun malah kini juga diamalkan dalam suasana perniagaan moden Barat. Dalam pendekatan ini, pesaing perniagaan dianggap seperti musuh yang perlu dikalahkan, bukan dalam pertempuran tetapi dengan cara yang halus, walaupun menggunakan berbagai langkah untuk mengelirukan pesaing.

Bagi kita umat Islam aktiviti perniagaan bukan sesuatu yang janggal. Siti Khadijah, isteri Rasulallah dan Saidina Abu Bakar adalah peniaga unggul dalam sejarah Islam. Malah , Rasulallah banyak bargantung kepada harta mereka di awal penyebaran Islam.

Al Quran dan Hadis juga menggariskan panduan untuk umat Islam berniaga supaya ianya tergulung sebagai satu ibadah. Ini terdapat dalam surah surah berkaitan, seperti dalam:

*Surah Al Baqarah ayat 275 yang menhalalkan perniagaan dan mengharamkan riba.

*Surah An Nisa ayat 29 menggalakkankan semoga umat Islam berniagakan harta sesama mereka secara muhibbah.

*Surah Al Rahman ayat 8 dan 9 pula menggariskan prinsip utama perniagaan Islam Al Mizan atau prinsip keadilan. Dengan prinsip ini diharamkan menipu , riba, rasuah, pecah amanah, menyorok barang niaga dan segala aktiviti yang menjejas keadilan.

* Surah Al Baqarah ayat 282 menggaris secara terperinci bahawa perniagaan yang dilunaskan dimasa hadapan memerlukan kontrak perniagaan bertulis, sementara perniagaan tunai bolehlah dilaksanakan secara lisan sahaja.

Jangan bersumpah bohong, bahkan hendaklah dielakkan supaya tidak bersumpah sekalipun dalam perkara yang benar. Bersumpah dengan nama Allah ketika berjual beli tidak akan mendatangkan berkat.

Nabi Bersabda Maksudnya: “Sesungguhnya para peniaga itu adalah orang-orang yang berdosa, mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, bukankah Allah telah menghalalkan jual beli?” Jawab Baginda: “Ya” (Tentu), akan tetapi apabila mereka bersumpah, mereka membuat dosa, dan apabila berkata-kata mereka berbohong.” - Hadis Riwayat Ahmad dan al-Hakim

Nabi bersabda: Maksudnya: “Peniaga yang benar lagi amanah bersama-sama para nabi, orang-orang yang benar (siddiqqin) serta para syuhada’.” Hadis riwayat Tirmidzi

Sejarah Keagungan Sistem Ekonomi Islam

Garis panduan dalam Al Quran serta hadith Nabi yang berkaitan telah mampu membawa revolusi dalam ekonomi ummah sehingga mencapai puncak keagungan Islam dalam zaman Kerajaan Abbasiyyah dari abad Ke 8 hingga ke 14 Masehi. Di zaman itu terdapat ramai para ilmuan Islam yang terkenal hingga kini, yang menyelidik dan menulis kitab kitab perniagaan dan ekonomi termasuklah Ibn Sina, Al Ghazali, Ibn Taimiyah, Ibn Khaldun, dsb.

Yang paling terkenal di antara mereka ialah Ibn Khaldun(1332 hingga 1406 Masehi), yang boleh dianggap sebagai bapa kepada ilmu ekonomi moden. Beliau hidup kira kira tiga ratus tahun sebelum ilmuan ekonomi British yang terkenal Adam Smith, yang dikenali dengan teori ekonomi supply and demand. Sebenarnya Ibn Khaldun lah perintis kepada Teori Supply and Demand ini. Beliau telah mengembangkan pengetahuan tentang pengaruh demand(permintaan) dalam mengembangkan ekonomi masyarakat, dan juga anganalis secara mendalam kesan permintaan kepada supply(bekalan). Beliau jugalah ilmuan yang mendapati harga setiap produk ditentukan oleh permintaan dan bekalan.

Satu revolusi ekonomi yang penting di Zaman keagungan Islam berlaku dalam zaman Empayar Abbasiyyah. Di zaman tersebut rakyat dibenarkan memiliki tanah, satu faktor pengeluaran yang penting dalam ekonomi berasaskan tani. Ini telah menggalakkan revolusi dalam pertanian dengan hasil keluaran yang meningkat dengan luarbiasa sehingga akhirnya mampu menempat Empayar Abbasiyyah jauh ke hadapan berbanding negara negara Eropah dan negara negara lain.

Dalam waktu yang sama, bentuk awal sistem pasaran bebas semakin bertapak di sana. Perniagaan berkembang berikutan revolusi dalam sistem kewangan dan penggunaan matawang yang sama di seluruh empayar telah menghasilkan perkembangan pesat dalam perdangangan bukan sahaja dalam empayar Islam tetapi juga dalam sektor perdagangan luar dengan China dan Eropah.

Hilangnya Motivasi di Zaman Kegelapan Islam

Dalam ketiga tiga peradaban dunia tersebut di atas terdapat ciri ciri yang sama bertindak sebagai pemacu kemajuan ekonomi dan kemajuan perniagaan, iaitu wujudnya motivasi yang kukuh untuk golongan usahawan. Dalam peradaban Barat, motivasinya wujud dalam bentuk objektif mencari keuntungan secara bebas untuk individu. Dalam masyarakat Cina/Jepun motivasi lebih berbentuk kepada mengembangkan perniagaan yang banyak dipengaruhi oleh pertimbangan pertimbangan masyarakat dan kerajaan dan dengan etika tertentu yang banyak dipengaruhi falsafah Konfusius dan Sun Tzu. Etika mereka berbentuk falsafah dan tidak wajib dilaksanakan atau terikat dengan soal moral atau dosa/pahala.

Dalam tamadun Islam, sememangnya telah wujud motivasi yang kukuh dizaman Empayar Abbasiyyah dengan dasar pemerentah membenarkan pemilikan tanah, yang memacukan Revolusi Pertanian dari kurun kelapan hingga kurun empat belas Masehi. Seperti dalam tamaddun Barat dan Tamaddun Cina/Jepun, dasar pemerintah di zaman Abbasiyyah telah membolehkan pemilikan tanah yang merupakan faktor pengeluaran yang penting dalam masyarakat. Ini mengwujudkan golongan usahawan dalam sektor pertanian seperti juga revolusi dalam sistem kewangan di sana telah mengwujudkan golongan usahawan ketika itu dalam sektor perdagangan.

Kesilapan besar Tamaddun Islam muncul dalam Abad ke 18 dan 19 apabila tamaddun Barat( setelah dua ratus tahun mencedok ilmu dari dunia Islam) telah mulai mengembangkan ilmu hingga Britain mampu melahirkan Revolusi Perindustrian (Industrial Revolution) yang gagal diserap oleh negara negara Islam. Berikutan itu ketenteraan Barat telah di modenkan. Kesannya dunia Islam keciciran, di jajahi, dicincang cincang dan dibahagi bahagikan dikalangan kuasa Eropah.

Dari segi sejarah Barat menganggap Islam sebagai ancaman, justeru itu hingga kini dasar mereka kekal dengan memperlekehkan dunia Islam dengan tindakan tindakan ketenteraan bagi menentukan dunia Islam terus berpecah belah. Ini yang kita saksikan di Iraq, Afghanistan dan Palestin kini.

Dunia Islam di pecah belahkan oleh Barat dan masyarakat hilang kesetabilannya. Sejak kurun ke 16, dunia Islam telah dilanda trend kejatuhan, permintaan barangan keluaran industri menurun, kapasiti Industri tidak diperlukan lagi dan akhirnya tamaddun Islam jatuh hingga kehari ini. Ummah menjadi tidak bermaya, telah hilang suasana yang perlu untuk menghidup dan menyuburkan motivasi untuk maju. Jangkaan Ibn Khaldun dalam Al Muqaddimah menjadi kenyataan dalam dunia Islam itu sendiri.

Lebih memburukkan keadaan ini telah menimbulkan sentimen anti politik Barat dan anti nilai nilai Barat dalam dunia Islam. Kemampuan dan Kecenderungan asal dunia Islam menerapi dan memajukan ilmu luaran telah hilang, walaupun ilmu itu pada mulanya dipinjam oleh Barat dari tamaddun Islam itu sendiri. Kesudahannya ini melemahkan lagi kedudukan Ummah di seluruh dunia.

Motivasi Berniaga

Di sebaliknnya, suasana yang subur untuk memajukan masyarakat Islam kini terletak ditengah tengah dunia Melayu/Islam di Nusantara. Negara Malaysia dan Indonesia kini merupakan Blok serumpun Islam yang terbesar di dunia menghampiri 300 juta penduduk dengan jalinan muhibbah yang kukuh.

Dengan suasana subur yang wujud kini di Nusantara , kita perlu menjenguk kembali dan meningkatkan kemampuan Sistem Ekonomi Islam dalam mengwujudkan kemajuan, terutama dalam sektor ekonomi dan sosial. Ini telahpun bermula dengan wujudnya sistem pengeluaran makanan halal, sistem perbankan Islam, institusi baitulmal dan Universiti Islam Antarabangsa. Malah pakaian Islam Malaysia sudah mulai diterima sesetengah masyarakat dunia sebagai trend setter fesyen Islam.

Jika dilihat dari segi motivasi kepada usahawan, sistem ekonomi Islam yang unggul sudah wujud sejak zaman keagungan Islam berkurun kurun yang lalu. Ia membenarkan pemilikan harta dan aktiviti perdagangan sektor swasta yang lazim menjadi pemacu sesuatu ekonomi dizaman moden ini. Malah sistem pengawalannya lebih sempurna dengan etika al Mizan(keadilan) yang diwajibkan dalam perniagaan. Ia mengelakkan kerakusan hawa nafsu manusia untuk membuat keuntungan yang berleluasa secara monopoli, menipu pelanggan atau spekulasi berlebihan.

Seperti juga Tabung Haji dengan konsep yang pada asalnya dicadangkan oleh Professor Di Raja Ungku Aziz, dengan motivasi yang begitu tepat, telah berjaya meningkatkan simpanan Masyarakat Melayu, satu motivasi yang tepat dan difahami oleh seluruh masyarakat Melayu seharusnya mampu membangunkan masyarakat usahawan yang mantap.

Bagi seseorang peniaga Melayu, sistem ekonomi Islam yang membenarkan pemilikan dan pengembangan harta individu, sudah tentu memberi cukup motivasi kepada mereka untuk berniaga bagi mencapai kadar keuntungan yang berpatutan dengan adil dalam keadaan biasa.

Ia meletakkan prioriti kepada perniagaan sesama Islam sebagai asas mengembangkan rankaian perniagaan yang efficien dikalangan ummah dan untuk kesejahteraan ummah amnya.

Keuntungan yang diperolehi pula membolehkan peniaga beribadah dengan membayar zakat dan mengeluarkan sadakah sebagai amal jariah untuk bekalan di akhirat nanti, disamping menjamin kemakmuran ummah. Dalam hal ini pembayaran zakat harta dan zakat perniagaan bukanlah sesuatu yang terlalu berat hendak ditunaikan, kerana Islam sebagai Agama yang adil, hanya mengenakan kadar yang rendah berbanding cukai pendapatan. Tambahan pula jumlah zakat yang telah dibayar, dikecualikan daripada bayaran cukai pendapatan setiap individu.

Sesungguhnya Sistem Ekonomi Islam adalah selari dengan fitrah manusia muslim dan keinginannya untuk hidup dengan lebih baik didunia dan akhirat seperti kita mohon setiap kali selepas sembahyang. Sistem ini sesungguhnya lebih mulia dan mudah diterima minda Melayu.

Perlu juga diingatkan, perniagaan Melayu di Malaysia kini bukanlah dalam keadaan biasa, malah lebih menyamai keadaan darurat ekonomi ummah. Gerakan Jihad Ekonomi yang kini mulai dilaungkan sesetengah pihak ada betulnya dan perlu diberi perhatian. Tetapi ini tidak seharusnya dengan cara merampas harta atau menindas bukan Islam, tetapi dengan cara meningkat dan memperkemaskan kemampuan ummah. Ini hanya dapat kita lakukan dengan mengambilkira tindak tanduk pesaing dari tamadun Cina dan Barat yang telah lama bertapak dalam pasaran, apalagi dengan budaya niaga mereka yang cangih yang menghalalkan kerakusan nafsu manusia.

Harus diakui kemajuan perniagaan Melayu memerlukan kesedaran dan kerjasama para ulama dan ilmuan Islam. Galakan di perlukan daripada golongan ini bagi menyedarkan ummah akan pentingnya perniagaan untuk kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan ummah dan hakikatnya yang sistem perniagaan Islam yang unggul sebenarnya telah lama wujud untuk tujuan ini. Cuma dalam konteks Jihad Ekonomi, para ulama mungkin perlu menemui kata sepakat tentang etika perniagaan yang diboleh atau diharuskan dalam keadaan darurat yang kita tempuhi kini.

Sekian, wallahu ‘alam, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

sumber : http://dahalmi.wordpress.com/

Petikan Wawancara Dengan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary


JARUM jam sudah menjangkau tengah malam ketika dua wartawan Mingguan Malaysia rancak menemu bual Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, tokoh korporat Melayu yang latar hidupnya tidak begitu banyak diketahui.Isu yang dibincangkan hanya satu – tentang sikap sesetengah korporat Melayu berjaya yang keberatan turun ke bawah membantu anak bangsa. Isu itu dibangkitkan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.“Saya pun naik semangat bercakap tentang hal orang Melayu ini walaupun tadi ada rasa mengantuk sedikit,” katanya kepada wartawan NOOR AZAM SHAIRI dan SITI MARIAM MD. ZAIN di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, tengah malam Rabu lalu.Syed Mokhtar adalah salah seorang daripada orang Melayu berjaya yang diketahui umum banyak menyumbang kepada pengembangan anak bangsa. Beliau menubuhkan Yayasan Al-Bukhary yang antara projek utamanya ialah memberi peluang pendidikan kepada anak-anak pintar yang kurang berkemampuan.
“Saya dulu tidak ada peluang. Setelah ada rezeki ini kenapa saya tidak boleh tolong orang miskin yang boleh pergi jauh,” katanya yang bersekolah setakat tingkatan lima.

Dalam wawancara ini, Syed Mokhtar juga ditanya tentang tanggapan umum terhadapnya yang dilihat sebagai seorang ahli perniagaan yang kerjanya mengambil alih kepentingan demi kepentingan pelbagai syarikat.

“Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tidak ada esok,” katanya.

Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Syed Mokhtar mengakui bahawa semua itu bukan untuk dirinya sendiri sebaliknya beliau mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

Wawancara ini adalah antara sedikit yang pernah diberikan oleh tokoh korporat yang selalu cuba mengelak daripada tumpuan media. Ditanya kenapa beliau bersedia ditemu bual pada kali ini, Syed Mokhtar menjawab: “Saya mahu membela diri.”

“Saya perlu tampil untuk membetulkan pandangan-pandangan serong tentang diri saya.”
MINGGUAN: Bagaimanakah Tan Sri melihat hubung kait diri Tan Sri dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB)?

SYED MOKHTAR: Saya menikmati jasa dasar itu semasa memulakan perniagaan dulu, daripada pinjaman Mara sehinggalah kepada bangunan kedai UDA. Saya produk DEB tetapi semua ini melalui proses selama 34 tahun.

Pada tahun 1970, arwah bapa saudara bayar seringgit suruh saya masuk UMNO. Saya menjadi ahli biasa saja, tidak aktif kerana fokus saya ialah kepada perniagaan. Bagaimanapun saya percaya kepada UMNO kerana ia parti yang mendukung dasar itu.

Dalam tempoh lebih 34 tahun ini, apakah rahsia kejayaan Tan Sri?

SYED MOKHTAR: Tidak ada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama saja, cuma proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa saja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa.

Saya sendiri melalui pahit maung dan merasai segala-galanya untuk sampai ke tahap ini. Tidak ada jalan yang singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini dari kecil lagi, dan saya juga biasa kena tipu.

Saya memang sudah buat keputusan dari awal bahawa saya mahu buat sendiri. Saya tidak gadai lesen dan permit yang saya ada.

Ini tentang know how atau know who?

SYED MOKHTAR: Semasa mula berniaga dulu saya tidak ada kenal sesiapa. Tetapi selepas saya mengembangkan perniagaan ini memang faktor know who itu penting juga. Bangsa lain tidak mengapa tetapi orang Melayu dalam berniaga kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit.

Tetapi saya juga anak UMNO. Saya percaya kepada UMNO dan DEB. Dasar itu tidak sia-sia. Saya boleh mempertahankan manfaatnya. Ini bukan masalah dasar tetapi masalah manusia yang tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik.

Saya juga mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang saya tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan susah tetapi itulah jalan yang kekal.

Tidak banyak peniaga Melayu yang buat macam Tan Sri – dapat empat permit lori walaupun cuma mampu pakai dua, yang baki itu tidak dijual.

SYED MOKHTAR: Alhamdulillah, Tuhan tidak gerakkan hati saya buat kerja-kerja itu. Saya yakin, insya-Allah dua buah lori lagi saya boleh beli kalau saya rajin berusaha.

Saya percaya kalau perniagaan saya maju dan tidak cukup lori, saya tentu kena minta lagi. Jadi walaupun hanya mampu beli dua buah lori, dua lagi permit itu saya simpan untuk masa depan.
Maksudnya kena sabar menunggu?

SYED MOKHTAR: Memang kena banyak sabar dan kuat berusaha. Semasa mula-mula berniaga dulu saya pun biasa kena tindas, bukan saja dengan bangsa lain tetapi dengan orang Melayu yang dipergunakan.

Saya terpaksa bersaing dengan orang Cina yang sudah jauh lebih maju dan boleh juga mendapatkan lesen daripada orang Melayu yang sanggup menggadainya.
Semasa mula berniaga Tan Sri bekerjasama dengan orang Cina. Kenapa?

SYED MOKHTAR: Kita perlu menggunakan kepakaran mereka kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham, kita berkongsi dengan mereka dengan tujuan untuk belajar daripada mereka. Apabila sudah faham barulah kita boleh menjaga kepentingan kita.

Sampai sekarang saya masih berkongsi dengan orang Cina tetapi saya juga terlibat secara aktif dalam perniagaan itu.
Bagaimanakah lahirnya Yayasan Al-Bukhary ini?

SYED MOKHTAR: Apabila saya dapat rezeki sedikit ditambah pula dengan didikan ibu bapa saya, saya mula menolong orang. Itulah juga punca saya mewujudkan yayasan di Alor Star itu. Insya-Allah, harapan saya setelah mati nanti yayasan itu tetap kekal dan terus memberi bakti.

Selain Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur saya juga buka pusat tuisyen. Sebenarnya saya hendak buat sudah lama tetapi tiada siapa yang sanggup hendak tengok-tengokkan sehinggalah saya dapat tahu Datuk Seri Shukor Abdullah (bekas Ketua Pengarah Pendidikan) bersara. Saya cari dia dan dia sanggup untuk melaksanakan hasrat ini. Ini daripada hati saya, siapa pun tidak suruh.

Projek ketiga yayasan ialah Kompleks Al-Bukhary di Alor Star. Itu asalnya tanah datuk saya dan masjid itu asalnya dia yang bina. Saya sebenarnya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

Dalam hal ini, apabila saya masuk ke dalam masyarakat saya tidak lihat orang itu UMNO atau Pas. Kalau orang itu memerlukan bantuan, kalau boleh ditolong, saya tolong. Dalam hal-hal kemasyarakatan tidak ada UMNO dan Pas.

Maksudnya?

SYED MOKHTAR: Orang Melayu semuanya sama. Pendirian politik itu terpulanglah kepada diri masing-masing. Dalam kompleks masyarakat itu kita semua sama. Dalam soal kemajuan ummah kita mesti bersatu.
Prof. Diraja Ungku Aziz dalam satu wawancara sebelum ini menyebut bahawa orang Melayu tidak berfikir seperti satu ummah. Orang Melayu individualistik. Tan Sri nampaknya bukan dari golongan itu?

SYED MOKHTAR: Saya fikir soal parti adalah hak masing-masing. Apabila hidup bermasyarakat, kita tidak sepatutnya mengasingkan ini orang UMNO, ini orang Pas. Saya memberi bantuan hanya atas dasar sebagai orang Islam. Soal ideologi atau perjuangan mana yang betul, hanya Allah yang akan menentukannya.

Dalam menjayakan agenda Melayu, orang Melayu sendiri kena tolong orang Melayu. Tidak guna kita buat seminar sana sini tetapi tidak mahu menolong bangsa sendiri untuk jadi maju. Kita kena berusaha, baru orang Melayu boleh jadi kuat.

Apabila kuat, kita tidak lagi ditindas. Jangan kita bercakap tentang agenda Melayu dalam Perhimpunan Agung UMNO tetapi selepas itu kita senyap. Sepatutnya semua orang kena buat kerja, bukannya bercakap saja.

Apa pandangan Tan Sri kepada korporat Melayu yang tidak mahu tolong Melayu?

SYED MOKHTAR: Mereka mungkin tidak nampak ini sebagai kewajipan kerana mereka tidak melalui kesusahan. Saya pun suka kepada kemewahan. Saya pun suka pergi tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok.

Tetapi kita ini hendak mewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah. Kita tidak boleh mengagung-agungkan diri kita sangat. Masalahnya sekarang ada yang sudah ke atas tetapi tidak mahu turun ke bawah.

Kenapa ini berlaku?

SYED MOKHTAR: Mungkin kerana kurang didikan dan nilai sehingga hidup jadi terbawa-bawa. Tidak mengapa kalau mereka boleh hisap curut RM500. Tetapi tidak semestinya bermakna mereka tidak boleh turun ke bawah membantu orang.

Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa Dia boleh ambil balik. Mereka bersikap begini boleh jadi kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

Ini berbeza dengan orang Cina yang ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tidak mahu berusaha, apabila orang lain usaha, mereka marah.

Inikah pegangan Tan Sri dari dulu lagi; rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain?

SYED MOKHTAR: Saya fikir memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

Tan Sri melihat menolong orang lain itu satu tanggungjawab?

SYED MOKHTAR: Apabila kita memberi kerja kepada orang lain, ia juga satu amalan kerana kerja mendatangkan rezeki kepada mereka. Sekarang kumpulan saya ada 36,000 pekerja. Ini satu tanggungjawab kepada saya, bagaimana hendak menjadikan mereka ini maju, dapat bonus dan sebagainya.
Kalau Tan Sri tidak buat semua ini apa Tan Sri rasa?

SYED MOKHTAR: Saya akan rasa sedih kerana tidak banyak orang Melayu yang tolong Melayu. Saya tidak kisah; saya boleh tidak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya akan rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata, kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat.

Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa. Tetapi semua ini sebenarnya bukan mampu saya buat seorang.

Saya ada emotional attachment kepada agama, negara, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak mustahak. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

Kalau saya dulu tidak dapat peluang belajar tinggi, kenapa pula saya hendak sekat peluang orang lain? Lagipun saya datang daripada golongan itu. Kalau ada rezeki lebih sedikit takkan saya sanggup lupakan mereka.

Tan Sri mengharapkan lebih ramai lagi orang Melayu yang berjaya seperti Tan Sri?

SYED MOKHTAR: Saya kadang-kadang sedih apabila media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya.

Tetapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat, tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi.

Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

Apakah yang selalu Tan Sri fikirkan?

SYED MOKHTAR: Saya selalu fikir bagaimana hendak mengekalkan kumpulan ini untuk masa depan; bagaimana hendak menjalankan semua projek di bawah yayasan.

Sebahagian daripada keuntungan kumpulan ini saya khaskan kepada kos operasi Yayasan Al-Bukhary yang akan menempatkan 3,000 pelajar dari negara-negara Islam – 70 peratus pelajar antarabangsa, 20 peratus pelajar kita dan 10 peratus bukan Islam.

Kita memberikan fokus kepada soal pendidikan anak bangsa. Kelas tuisyen itu boleh dikatakan 100 peratus untuk anak Melayu. Universiti itu pula adalah untuk pelajar-pelajar yang cerdik tetapi tidak ada kemampuan.

Kita akan ambil mereka dan beri bantuan seratus peratus. Kita mahu mereka menjadi profesional yang apabila tamat pengajian boleh pulang ke negara masing-masing dan membantu masyarakat mereka pula.

Salah satu masalah ekonomi orang Melayu ialah pengangguran di kalangan siswazah. Dalam hal ini misalnya apakah yang boleh Tan Sri lakukan?

SYED MOKHTAR: Saya telah meminta kumpulan kami mengkaji masalah ini dan mengambil sekumpulan mereka bekerja dan memberikan latihan. Insya-Allah kami akan sentiasa mencari perniagaan baru, mungkin daripada swasta atau kerajaan. Kalau daripada kerajaan orang mungkin akan menjadikannya sebagai isu lagi.

Tetapi kalau kita terus mencari peluang dan perniagaan lain kita akan terus dapat membantu orang lain untuk mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya sendiri semata-mata.

Laporan-laporan tentang Tan Sri selama ini, itu maksudnya bukanlah untuk mengembangkan kekayaan peribadi?

SYED MOKHTAR: Diri saya tidak mustahak. Kalau saya hendak ambil alih mana-mana syarikat pun saya mesti ada kemampuan untuk menguruskannya.

Orang tidak tahu bahawa apabila saya mengambil sesetengah syarikat itu ia sebenarnya dapat menyelamatkan berpuluh-puluh ribu keluarga pekerjanya yang sebahagian besarnya ialah orang Melayu.

Tetapi apabila saya mengambil alih syarikat-syarikat itu orang bertanya apakah tidak ada orang lain selain daripada Syed Mokhtar?

Orang tidak bercakap tentang hal-hal di belakang itu.

SYED MOKHTAR: Perkara yang elok lambat orang tahu. Saya ini ada dibenci orang. Orang kata saya tamak, ambil semua peluang yang ada dan hendak jadi kaya seorang. Kaya apa?

Kaya itu bukanlah pada diri saya. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara saja.

Saya tidak ada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara baik yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tetapi apa yang saya lakukan sekarang.

Tetapi banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

Apakah yang orang tidak tahu tentang syarikat-syarikat yang Tan Sri miliki itu?

SYED MOKHTAR: Sesetengah daripada syarikat itu bermasalah; saya membeli untuk menyelamatkannya daripada jatuh ke tangan bangsa lain atau orang Melayu sendiri yang boleh membawa lebih kerosakan. Saya tidak menggadaikan hak dan kepentingan orang kita.

Tetapi kerja saya bukan beli syarikat. Saya ada perniagaan sendiri – syarikat lori dan beras. Alhamdulillah, Tuhan memberikan saya kekuatan untuk ke depan apabila ada peluang.

Walaupun sesetengah syarikat itu bermasalah tetapi saya melihatnya sebagai satu peluang juga – bagaimana hendak mengubahnya. Tetapi saya tidak pernah ambil daripada mulut orang Melayu lain; sudah hendak sampai ke kerongkong saya ambil, saya tidak buat begitu.

Apa yang saya dapat ini adalah daripada usaha saya sendiri. Ada juga yang saya usaha tetapi tidak dapat dan orang tidak tahu. Apa yang saya dapat itu pula yang menjadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua.

Orang kita terlupa bahawa bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi negara ini. Siapa pula yang memberikan pelbagai kemudahan untuk membolehkan mereka memegang kepentingan itu? Siapa pun tidak kata apa. Inilah masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik Pas dan UMNO; di bandar, berpecah kerana ini.

Saya tidak pergi cari mana syarikat hendak saya beli. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

Orang tidak tahu bagaimana saya rugi lebih RM2 bilion dalam pelaburan semasa kegawatan 1997 semata-mata kerana hendak melindungi 30 peratus kepentingan orang Melayu.

Setiap kali mendapat rezeki daripada Tuhan, apakah yang Tan Sri rasakan?

SYED MOKHTAR: Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok, bukan lebai pondok. Tetapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu kita minta terus daripada Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

Orang kata saya tidak ada duit tetapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tidak berhutang. Tetapi kita mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara kita boleh buat.

Kalau beratus-ratus orang Cina dalam bandar boleh buat kenapa saya orang Melayu tidak boleh? Tetapi kerana saya Melayu orang menjadikannya sebagai satu isu. Inilah masalahnya.

Tidak ada salahnya berhutang kalau berniaga. Tetapi sebelum berhutang RM100 juta kita mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Soal tanggungjawab ini yang banyak orang tidak sanggup pikul. Banyak orang mahu senang tetapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab. Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama. Emak saya mengajar: Kalau dapat lebih, beri lebih; kalau kurang, beri kurang.

Tan Sri ada sikap yang begitu sensitif kepada keperluan anak bangsa dan saudara seagama. Soalnya kenapakah tidak banyak korporat Melayu yang ada sikap sebegini?

SYED MOKHTAR: Mungkin kerana masalah didikan atau kerana mereka naik dengan begitu mudah. Atau mungkin juga kerana pergaulan mereka. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal-usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

Saya sangat berterima kasih kepada emak saya yang ambil setengah daripada duit pertama saya dulu. Kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal.

Saya manusia yang banyak juga melakukan kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

Adakah Tan Sri rasa keseorangan melakukan semua ini?

SYED MOKHTAR: Saya fikir banyak orang yang buat begini juga tetapi dengan cara mereka sendiri. Insya-Allah kita berdoa mereka akan buat lebih lagi pada masa akan datang.

Saya buat apa yang tergerak dalam hati dan apa yang boleh dicapai oleh tangan. Saya juga insaf bahawa diri saya tidak kekal; saya hanya seorang hamba Allah yang kalau ditakdirkan hidup sehingga 70 tahun umur saya hanya tinggal 17 tahun saja lagi.

Oleh itu saya suka melakukan perkara yang kekal dan berterusan seperti yayasan ini. Kalau bangsa lain boleh ada macam-macam yayasan kenapa tidak kita? Apa yang penting ialah komitmen. Pendekatan saya selari; sambil mencari rezeki saya juga menyumbang semula kepada masyarakat.

Saya sendiri tumpang seronok melihat orang lain mendapat kesenangan daripada sedikit apa yang saya ada ini.

Tan Sri seronok melihat orang lain dapat berkembang hasil daripada rezeki yang Tan Sri nikmati?

SYED MOKHTAR: Ya. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
Harapan Tan Sri kepada orang Melayu lain yang juga sudah berjaya?

SYED MOKHTAR: Insya-Allah, kebanyakan orang Islam ini baik-baik, ada niat yang baik. Bukan mereka tidak mahu menolong tetapi mungkin masanya belum sampai atau Tuhan belum menggerakkan hati mereka lagi. Mungkin juga mereka ada masalah maklum saja selepas tahun 1997 masih belum banyak yang pulih semula.

Saya sendiri sambil berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya berdoa apabila nanti saya pejam mata masa itu juga hutang pun habis, perniagaan dan amal jariah pun sama-sama berjalan elok.

Saya tidak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tidak sempat buat.

Kepada orang Melayu yang sanggup hisap curut RM500 tetapi susah hendak tolong orang lain, apakah yang hendak Tan Sri katakan kepada mereka?

SYED MOKHTAR: Kalau mereka hendak hisap curut, pakai kereta Porsche atau duduk rumah besar, tak apa. Cuma ingat-ingatlah juga tanggungjawab untuk membantu anak bangsa.

Kita tidak boleh marah kepada mereka. Kita ingat-ingatkan saja. Kebanyakan mereka itu orang yang bagus-bagus; mungkin terbawa-bawa saja. Kepada saya ini masalah kecil saja. Masalah yang lebih besar ialah diri kita sendiri. Orang Melayu kena yakin dan berusaha untuk terus memajukan diri.

Harapan Tan Sri kepada orang Melayu keseluruhannya?

SYED MOKHTAR: Peluang kita semua sama; saya tidak dapat lebih dan tidak dapat kurang. Cuma satu saja saya minta daripada orang Melayu: Beri masa sedikit kepada apa yang hendak diusahakan.

Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok-belok perniagaan, insya-Allah boleh maju.

Mereka juga kena fokus, majukan diri dan selalu meningkatkan kemahiran. Kalau sudah maju dan hendak mempelbagaikan perniagaan, masa itu tidak mengapa.

Kita juga jangan cepat berputus asa. Putus asa boleh tetapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Kita juga jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

Bolehkah orang Melayu maju?

SYED MOKHTAR: Tidak ada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun kalau ada yang mengatakan orang Melayu tidak boleh maju. Cuma nasihat saya kalau hendak jadi apa pun, jadilah yang terbaik dalam bidang masing-masing sehingga kukuh bertapak.

Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari mahu ambil alih akhbar itu. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

Cara hidup Tan Sri bagaimana?

SYED MOKHTAR: Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tetapi tidak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun. Jangan amalkan cara hidup yang tidak boleh ada fleksibiliti.

Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tetapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

Saya juga tidak bermain golf kerana kepada saya ia memakan banyak masa. Tetapi tidak semestinya orang yang main golf itu tidak bagus atau orang yang tidak main itu lebih bagus.

Saya pun tidak ada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu benda yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau orang ramai mendapat nikmatnya.

Tetapi pada masa akan datang tidak tahu lagi. Kalau panjang umur saya berniaga ke negara-negara lain dan ketika itu saya memerlukan, mungkin saya akan beli juga kapal terbang. Setakat ini Proton Perdana sudah memadai.

Tetapi orang Melayu umumnya apabila berniaga perkara pertama yang dilakukan ialah beli kereta mewah.

SYED MOKHTAR: Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi yang negatif kepada orang Melayu. Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Jangan kita memberikan gambaran bahawa ini sebenarnya yang perlu mereka buat. Sesiapa pun memang mahu semua itu tetapi bukan itu matlamatnya.

Kita kena tekankan hal-hal yang positif tentang orang Melayu. Orang Melayu boleh jadi yang terbaik dalam apa juga bidang kerjaya mereka. Itu yang perlu kita lakukan.

Di kalangan orang Melayu masih ada pemikiran bahawa kerajaan perlu menolong mereka. Bagaimanakah Tan Sri melihat realitinya?

SYED MOKHTAR: Saya ingat kena tengok tahap-tahapnya. Kerajaan kena tolong orang Melayu. Orang Melayu mesti naik berperingkat-peringkat. Bantuan kerajaan sentiasa ada. Sistemnya sudah ada. Kalau orang Melayu masuk ke dalam sistem itu, mereka sudah boleh jalan ke depan.

Tetapi seperti saya katakan tadi mereka perlu melalui proses ujian masa. Mereka yang perlukan bantuan ini ialah mereka yang hendak cepat dan tidak faham apa. Orang Melayu sebenarnya tidak perlu meminta kerajaan membantu kerana dasar itu memang sudah ada. Orang Melayu sebenarnya yang kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

Saya mendapat nikmat daripada DEB sejak awal pelaksanaannya lagi. Ketika itu lebih susah kalau hendak dibandingkan dengan peluang-peluang yang ada sekarang.

Adakah Tan Sri puas hati dengan apa yang sudah dilakukan ini?

SYED MOKHTAR: Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada air segelas, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

Apakah yang Tan Sri rasa apabila melihat orang yang menerima bantuan daripada yayasan ini?

SYED MOKHTAR: Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

Saya gembira dapat membantu. Kalau saya boleh beli seekor lembu untuk sebuah kampung yang sudah lama tidak makan daging, saya rasa gembira. Saya rasa seronok dapat bawa anak-anak dari luar datang ke Kuala Lumpur, tengok lampu-lampu yang cantik.

Saya tahu bagaimana perasaannya. Saya mahu orang lain merasai apa yang saya pernah rasa. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan kita beri kurang daripada itu, lebih tidak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

Tan Sri tentu rasa boleh menyumbang lebih lagi daripada ini?

SYED MOKHTAR: Memang itulah yang selalu saya rasa. Saya kata kepada kawan-kawan apa yang kita buat ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Insya-Allah, kalau orang Melayu lain boleh bersama-sama membantu tentulah lebih baik. Ayah saya kata, guni beras kalau seorang pikul memang berat tetapi kalau ramai-ramai kita pakat pikul ringan jadinya.
Kenapa beri wawancara sekarang?

SYED MOKHTAR: Saya rasa saya perlu tampil untuk membetulkan pandangan-pandangan yang serong tentang diri saya itu. Saya kena membela diri. Setidak-tidaknya saya jelas dengan apa yang hendak saya lakukan. Terpulang bagaimana umum hendak menerimanya.

Kepada saya, apa yang benar itu akan kekal. Saya segan kerana kerja saya yang sedikit ini orang besar-besarkan. Niat saya baik tetapi orang fikir sebaliknya. Saya bukan orang jahat. Saya asal orang miskin.

Saya pun sebenarnya bukan hendak menonjol-nonjolkan diri. Saya hormat kepada pemimpin. Saya akan sama-sama membantu. Pemimpin datang dan pergi tetapi saya hormat kedudukan itu. Perjuangan yang mereka tentukan itu akan terus saya bantu.

Saturday, February 4, 2012

MEMBUNUH USAHAWAN MELAYU????

Alkisah benar pengarah MARA cawangan Seremban datang lawattapak projek aku…aku pun kongsi pandangan dll dengan dia..Dia pun bagi jawapan bernas…

Aku terkedu dengan katanya “Kalau semua pelanggan Melayu belidgn org Melayu,mungkin nasib bangsa Melayu lebih baik lagi…..”

Kawan baik aku arwah Hj Osman orang kampung Durian Tunggalselalu nasihatkan aku “Saat….biar untung sedikit tapi pelanggan ramai..janganuntung banyak tapi 2,3 tahun niaga dah lingkup…”

Arwah meninggal dunia beberapa tahun lepas…..usianya 80 an…
Masa mula2 kenal dia,aku tanya “pakcik anak berapa?”

Dia jawab “tak ramai…14 orang je!”.Kami mmg rapat…dia selalulepak kedai aku,aku juga pernah tido umah dia….

Aku suka baca buku dan satu hari aku tampal TULISAN BESAUKAT PREMIS
“JIKA ANDA TIDAK BERPUASHATI DENGAN HARGA KAMI,SILABERITAHU KAMI….”
Sale bisnes aku naik..pelanggan bertambah ramai….Ramadhan je dapat 40K untung bersih…..itu baru satu kedai..belum kira kedai-kedai lain…

Aku ada dua telinga.Telinga kanan aku dengau isi hatiaku,telinga kiri aku dengau kata pelanggan…Jadi hampir 15 tahun akuberniaga,macam2 karenah pelanggan aku jumpa….
Aku mmg rapat dengan pelanggan.Aku tanya nama pelanggan dankerja..Kalau cikgu datang premis dan aku kenal,aku panggil “Cikgu Razak….apakhabar?”

Bila aku kenal nama pelanggan dan kerja,hubungan kami lebihrapat dan kami boleh berbual mengenai banyak perkara… biasalah org wanitadatang shopping bawa laki,jadi aku berbual dengan laki dia,pekerja aku layan bini dia….

Kat restoran aku ada MENU,DALAM CATATAN MENU AKU TULIS
“JIKA SEDAP BERITAHU KAWAN,JIKA TIDAK SEDAP BERITAHU KAMI”SIAPADA NOMBOR TELEFON LAGI…kdg2 pelanggan malu nak cakap,mereka boleh sms …
Aku ni walaupun CEO tp rajin lawat kawasan…aku bukan CEOlepak opis je….
Apa yang aku buat dalam bisnes ,semuanya dr idea apa yangdapat dari buku,internet,berbual dgn pelanggan dan sebagainya…

Cuma aku agak terkilan dalam board ADUAN ni setiap hari danmasa ada sahaja thread yang menghentam usahawan Melayu.siap nama kedai danalamat sekali..sampai Obama Presiden Amerika pun tahu di mana lokasi denganbantuan Google translate….
Bukan semua pekerja kenal aku,sebab mereka diuruskanpengarah….ada satu hari aku buang budak kerja sebab dia lambat datang kerja 30minit….dia x kenal aku…..aku cakap aku ni opis boy dapat arahan pengarah besar….jadidia pun ambuik gaji dari akauntan dan blah!
Gaya aku pakai seluar jean lusuh dengan tshirt Pagoda RM6,mana org percaya aku CEO….

Cadangan aku…kalau x puas hati :

1.BERITAHU USAHAWAN TERSEBUT.JANGAN BERITAHU PEKERJA..MUNGKIN PEKERJA AKAN BUANG TONG SAMPAH.TAPI USAHAWAN AKAN AMBIL BERAT ADUAN/KOMPLEN PELANGGAN.KAJIAN AKU MENUNJUKKAN MAJORITI USAHAWAN AKAN AMBIL BERAT ADUAN…

2.BUAT PILIHAN DENGAN BIJAK.

3.JANGAN MARAH JIKA KENA HARGA MAHAL.JANGAN PERGI LAGI KE SITU.

4.JANGAN BURUKKAN PENGUSAHA TERSEBUT.MUNGKIN KERNA SIKAP KITA,MEREKA BANGKRAP DAN PAPA KEDANA..KASIHANILAH MEREKA KERNA MEREKA JUGA SEPERTI KITA,ADA TANGGUNGAN DAN SEBAGAINYA.

5.GUNAKAN HAK SEBAGAI PENGGUNA.BOIKOT/BUAT ADUAN KEPADA TRIBUNAL PENGGUNA.SETAKAT INI AKU BELUM JUMPA KES ORANG BUAT ADUAN SEBAB MAKAN MAHAL.X TAW LA KALAU AKU SILAP.

6.BERSANGKA BAIK.MUNGKIN USAHAWAN TERSEBUT ANAKNYA MENGIDAP SAKIT JANTUNG DAN PERLUKAN KOS RAWATAN YANG MAHAL DAN MEREKA AMBIK UNTUNG LEBIH SIKIT UNTUK MENAMPUNG KOS PERUBATAN ANAK .
7.NIATLAH SEDEKAH.SETIAP SEN YANG KITA SUMBANGKAN UNTUK USAHAWAN ISLAM ADALAH SEDEKAH.

8.FIKIRKAN MASA DEPAN BANGSA MELAYU.DALAM BISNES,BANGSA LAIN KUASAI 80 % DAN MELAYU HANYA 20 %.

9.JIKA KITA TIDAK MENYOKONG BISNES BANGSA SENDIRI,SIAPA LAGI?

10.CARI ALTERNATIF.JIKA MAKANAN MAHAL DI KAWASAN KERJA,BAWALAH BEKAL.MULUT PUN X KECOH,HATI X PANAS,PAHALA PUN DAPAT,DOSA PUN TIADA.

11.BANYAKKAN BERSABAR.FIKIRKAN KESUSAHAN SESEORANG USAHAWAN…MACAM USAHAWAN RESTORAN,4 PAGI DAH BANGUN PI PASAR BORONG SEBAB NAK DAPATKAN HARGA LEBIH MURAH DARI PASAR BIASA.BAYAR PREMIS,BAYAR PEKERJA,SEDIAKAN MCM2 UNTUK PELANGGAN.PELANGGAN DATANG MAKAN DAN BAYAR,KEMUDIAN PERGI DENGAN SENANG…

12.JANGAN TERPENGARUH DENGAN AYAT “CUSTOMER ALWAYS RIGHT”.RAMAI PELANGGAN MENIPU DENGAN PELBACAI CARA.CONTOHNYA BELI LAPTOP DAN JATUH PECAH,TP MASIH ADA WARRANTI,DIA MINTA TUKAR BARU SDGKAN DALAM PERJANJIAN WARRANTY,JIKA JATUH,MANA BOLEH AMBIL GANTI.
PERNAH ADA PELANGGAN BELI BLOUS PREMIS LAIN DAN NAK TUKAR KEDAI AKU DAN MENDAKWA IA DIBELI KEDAI AKU.KEDAI AKU SEMUA ADA COP HARGA DAN NAMA KEDAI…DAH BERIBU PELANGGAN AKU JUMPA..MACAM2 KARENAH.

13.FAHAMILAH BAHAWA HANYA USAHAWAN YG MEMAHAMI BETAPA SUSAHNYA KEHIDUPAN SESEORANG USAHAWAN.PELANGGAN TIDAK PERNAH MERASAI PAHIT MANIS KEHIDUPAN USAHAWAN.MEREKA HANYA MAHUKAN HARGA MURAH TAPI BERKUALITI..DALAM DUNIA INI,TIADA BENDA BERKUALITI DAN MURAH!

14.APABILA MENULIS DALAM FORUM /FB HINGGA MENYEBUTKAN NAMA DAN LOKASI,IA DIKIRA MENGUMPAT DAN MENGUMPAT ADALAH DOSA BESAR.JIKA ORG DIUMPAT TIDAK MEMAAFKAN,PERGILAH HAJI 100 KALI DAN BINA MASJID 100 BUAH,AMAT SUSAH MENEMUI SYURGA….KERNA DOSA MENGUMPAT TIDAK AKAN TERHAPUS SELAGI MANUSIA DIUMPAT TIDAK MEMAAFKAN.

Ramai kawan aku jatuh dalam bisnes akibat sikap pelanggan sendiri.Ada yang sengaja mengatakan makanan tidak sedap ,dalam mee ada ulat dan sebagainya untuk memburukkan restoran kerna ia mahu menjatuhkan bisnes org tersebut kerna ada restoran saudaranya di kawasan itu.

Ada pula membuat fitnah nasi ayam ada ganja dan macam2 fitnah yang disebarkan bangsa Melayu demi menjatuhkan usahawan Melayu.

AKU LAYAN FORUM bukan sekadar borak kosong dan tuduh orang SAKAI macam seekor mamat tu,tp aku layan forum untuk dapat ILMU dan KONGSI ILMU.Banyak perkara aku tahu bila join forum.
Aku gembira bila lihat Melayu kaya dengan cara bersih dan halal,tidak sombong,merendah diri,suka kongsi ilmu dan cara hidup sederhana..aku gembira lihat usahawan Melayu berjaya namun teguh solat 5 waktu dan bayar zakat,rajin pi Mekah tambah pahala…
Aku pernah jumpa jutawan aset 50 Juta kat Putra Jaya ,pakai jean and tshirt comot bawa keta Iswara Aeroback je…. Dia kontraktor kelas A dan banyak bagi aku ilmu…

Aku kasihan banyak kompeni Melayu lingkup sebab pelanggan Melayu sendiri tidak menyokong bisnes Melayu.Walaupun ada bihun syarikat Melayu,ada juga beli bihun cap cili yang jelas tauke bukan Islam dan tidak pasti hala ke haram,malah JAKIM pun tidak beri status halal.

Bukan semua usahawan Melayu kaya macam Haji Ramly tauke Ramly Burger yang marketing sahaja makan juta2 setahun….produk dia sampai 50 negara dunia….masih ramai usaahwan Melayu yang baru merangkak dan amat kasihan mereka …

Aku kalu menulis,aku niat kerna Allah dan mengubah mentaliti bangsa Melayu.aku tidak pernah berniat memalukan bangsa Melayu dengan kritikan dan nasihat.Aku mahu Melayu hebat sebagaimana Melayu zaman kesultanan Melaka.Zaman itu siapakah pedagang dan usahawan hebat?Melayu…

Walaupun aku dituduh SAKAI oleh seorang porumer yang mungkin keturunan ulama’ hebat ,aku doakan dia mati jadi babi supaya menjadi pengajaran kepada orang lain agar jangan MEMFITNAH ORANG tanpa selidik dan berhati2 bila menulis.INGATLAH DOA ORANG DIZALIMI MAKBUL WALAUPUN MEREKA KAFIR.
Semua pelanggan dan pengguna ada hak namun salurkan dengan cara BETUL,bukan gunakan porum/FB memalukan dan menghina usahawan tersebut.Nanti aku print dan bertanya kepada usahawan yang dimaksudkan itu.

Aku ni manusia peka bukan pekak.Bila ada isu berbangkit mengenai dunia keusahawanan ,aku akan selidik dan buat kajian.Walaupun aku ni manusia kecil,aku banyak berbincang dengan MARA,PUNB untuk berkongsi idea memajukan keusahawanan dalam bangsa Melayu.aku ni dah le banyak hutang,macam2 masalah dan ujian dalam bisnes.Namun aku tekad akan terus berniaga dan menulis demi agama,bangsa dan negara.

Aku bangga melihat semua usahawan Melayu dapat bertapak di bangunan MARA KL dengan sewa murah RM500 di kota besar itu.Mereka semua berterima kasih kepada MARA kerna membantu mereka.di KL mana nak cari sewa RM500?

Aku tak tahu apa akan jadi jika PRU13 MANGKUK HAYUN menang jadi PM sebab dia dah janji akan hapuskan hak istimewa Bumiputra..maka berkuburlah MARA dan PUNB,serta Uitm dan sedara maranya…

Aku bertemu ramai pelanggan dan aku berterima kasih kepada mereka kerna setiap sen mereka berikan,itulah menjadi darah daging aku…Tanpa mereka,aku takkan dapat bertahan 15 tahun dalam dunia bisnes.

Bila mendengar kisah ramai usahawan Melayu jatuh,aku sedih sebab aku pun Melayu..ada hati dan perasaan..aku tak tahu kalau ada Melayu sini gembira lihat usahawan Melayu bangkrap dan papa kedana…

Bila aku bagi kursus kepada orang miskin negeri Melaka,aku x ambik pun sesen dari JKM walaupun aku berhak dibayar.Bukan semua aku buat kerna wang…aku tidak mahu jadi seorang lelaki kaya keluar bank bawa wang RM30 ribu dan dilanggar kereta,kemudian diajar mengucap namun ia berkata ketika nazak “mana wang aku…wang aku…..”sampailah nafas terakhir….

Aku hargai semua pendapat dan pandangan,namun jauhkanlah segala pendapat yang menjatuhkan usahawan Melayu.Lihatlah kota besar KL..jika dicabut bangunan kerajaan ,yang ada hanyalah kampung baru milik Melayu..lain-lain semua milik bangsa lain…

Renungilah kata-kata Tun Dr Mahathir ketika beliau memberikan ucapan PUNB 20 tahun,di hotel Istana KL tahun lepas yang aku sertai “Saya hairan..banyak bandar besar saya pergi tetapi seakan-akan bukan Malaysia..seakan-akan ia negara China…adakah ini Tanah Melayu?”

Fahamilah makna tersirat…………


Aku mohon maaf jika tersalah tulis…..kawan aku cakap..

“Melayu ni..kalau beli barang atau khidmat ,pergi ke kedai bangsa lain…bila ada ayah atau sedara meninggal,barulah panggil kita datang umah baca Yasin…mengapa tak panggil Ah Chong?”
Amat dalam kata-kata kawan aku anak Kelantan berhijrah ke Negeri Sembilan…………….