Sunday, July 1, 2012

Remaja jutawan ketika berusia 18 tahun


Remaja jutawan ketika berusia 18 tahun

Ashley Qualls, merupakan seorang remaja perempuan yang berusia 22 tahun ketika ini yang telah menjadi jutawan remaja melalui pendapatan website iaitu whateverlife yang terkenal. Di dalam website beliau, beliau menghasilkan beberapa layout / background myspace dan dimulakan kerana minat dan hobi beliau.


Pada asalnya, Ashley Qualls meminta duit sebanyak $8 daripada ibunya pada tahun 2004. Ashley Qualls hanya berkongsikan hasil layout tersebut kepada rakan-rakannya sahaja. Dengan kekreatifan Ashley Qualls menghasilkan layout, website beliau telah menjadi tumpuan para remaja yang gemar bersosial di myspace ketika tahun 2004. Semakin hari semakin berkembang dan menaik pengunjung ke website beliau.


Setelah 3 tahun kemudian, pengunjung ke website whateverlife telah melebihi 7 juta sebulan. Ashley Qualls berjaya memperoleh lebih dari USD$1,000,000 dari website tersebut. Oleh kerana minat dan hobinya sebagai pereka layout, Ashley Qualls telah menjadi remaja jutawan ketika berusia 18 tahun.

sumber :

http://en.wikipedia.org/wiki/Ashley_Qualls